Kenangan PBAKL 2014 yg indah..

Hmmm...PBAKL 2014 dah dekat 3 minggu berakhir...baru ada masa nak update kat blog nie..

Anyway..walau dah lama ianya berlalu namun kemanisan pengalaman yg dilalui semasa berlangsungnya PBAKL 2014 itu masih lagi terasa sehingga kini!

Mana taknya...inilah tahun pertama aku berada di kerusi novelis, menunggu dan beramah mesra dgn pembaca secara langsung. Memang mengujakan kerana sebelum ini..akulah pengunjung setia PBAKL yang sanggup mencari peluang untuk bertemu dengan novelis kesayanganku... Lebih teruja lagi..aku akan duduk sebaris dengan novelis2 terkenal dan hebat2 yg mempunyai peminat tegar.. Terdetik di hati...aku ni ada peminat ke?..

Dalam rasa rendah diri kerana aku satu2nya novelis yg hanya mempunyai SEBUAH karya di atas meja utk di 'promote' ... bagaimanapun perasaan itu hilang serta merta bila berpeluang mengenali lebih dekat rakan2 novelis yg lebih senior dan hebat. Ternyata mereka semua begitu 'cool' dan pemurah dlm berkongsi ilmu. Nama2 hebat spt : Ramli Awang Mursyid, Kamsiah Abu, Indah Haryani, Durra Fatiha, Ramlah Rashid dan ramai lagi...mereka semua ini memang besttt & cool..!!

Terharunya aku bila mendapat sambutan yg menggalakkan dari para pembaca. Apatah lagi..aku bangga bila ada pembaca yg bertanya direct tentang buku aku dan karya2 aku seterusnya.. Terimbas kembali bagaimana aku banyak menyoal novelis2 kesayanganku tentang karya mereka. Dan kini...ianya terjadi pada ku pula... Bukankah indah dan mahal pengalaman dan kenangan ini..

Dan....mungkin rezeki aku..atau barangkali kenangan ini semakin sempurna manisnya bila aku ditemuramah oleh wartawan akhbar SINAR HARIAN. Hasilnya..dua fotoku dan sedikit caption tentang Aida Adia dan Saya Tetap Nak Awak tersiar di akhbar Sinar Harian pada hari Selasa 06 May 2014 yg lalu.. Memang havoc sekejap laa orang kampung bila tahu muka dan ceritaku masuk surat khabar..! Kihkihkih...yg pastinya..hakak terasa macam retis sekejap dikkk!  ;p

No comments: