Biar gambar berbicara...

18 July 2013...
Mcm tahun lepas..kami geng2 public mutual sekali lagi cuba menambah saham akhirat dgn membuat amal di rumah anak2 yatim..

Hmm..tu sebab suka joint geng2 ni sebab..mmg kena dgn jiwa aku. Cari sales tetap buat dan dlm masa yg sama..amal kebajikan pun tetap maintain!

Kali ni..kami pergi ke Rumah Amal Al-Firdaus, Denai Alam, Shah Alam di mana di situ seramai 34 org anak2 yatim & anak2 asnaf begitu mesra menerima kedatangan kami. Tak dapat kami gambarkan perasaan kami bila melihat wajah2 ceria dan sambutan mesra dr anak2 itu.. Mereka begitu manja dan mesra melayan kami.

Masyaallah..comelnya mereka ini! Dlm usia 4, 5 & 6 tahun... wajah mereka begitu telus dan suci. Wajah yg begitu redha dgn takdir yg mereka lalui.. namun dlm masa yg sama .. masih mengharapkan perhatian & kasih syg dr insan2 tersayang..

Kami hanya mampu memberi barang2 keperluan spt susu, milo, biskut, beras dan juga baju2 terpakai. Wang tunai juga tidak dilupakan. Rumah amal ini sbnrnya masih mengharapkn sumbangn drpd org ramai utk menampung perbelanjaan anak2 ini..

Lihatlah momen2 indah sepetang kami bsama anak2 comel ini.. Sesungguhnya..pertemuan dgn mereka begitu menginsafkn kami semua.. Moga ada bahagia buat anak2 ini...

No comments: