Sukarnya nak suruh orang menyimpan duit...!

 
Hmmm.. kali nie nak kongsi cerita sikit dengan korang tentang sukarnya aku nak menyuruh orang menyimpan duit...
 
Hehhee... kalau baca tajuk.. mesti ada orang akan komen begini : "Memanglah susah..! Itu duit aku.. bukan duit kau! Kau tau ke.. aku ada duit lebih nak suruh simpan bagai??  Kau tau ke.. yang aku hidup.. cukup2 makan jer? Mana ada duit nak menyimpan??"
 
Iyo laa... aku faham tuhh...! Aku juga menghadapi masalah yang sama. Tapi.. aku bercerita kepada segelintir kengkawan especially "orang kita" yang mudah sangat "REJECT" sebelum mendengar explaination aku. Baru seperenggan nak citer.. dia dah reject awal2 dah. Tak der masa nak dengar laa.. dah simpan dah kat sedara.. dan macam2 lagi. Walhal, bg kengkawan "bukan di kalangan orang kita".. walaupun aku tau.. dia dah pernah menyimpan tapi.. dia sanggup luangkan masa sekurang2 nya 15 minit bagi memberi peluang aku memberi penerangan..! Hmm... macamana laa aku nak puji "orang kita" ??
 
Aku bukannya menjual BARANG untuk dibeli. Aku hanya memberi penerangan agar kengkawan aku semua faham tentang pentingnya menabung dan menguruskan kewangan dengan baik. Aku rasa terpanggil untuk sharing dengan kengkawan sebangsa tentang bagaimana nak menggandakan atau memaksimumkan duit simpanan kita seperti apa yang dilakukan oleh mereka yang berbangsa lain.
 
Aku rasa 'cemburu' bilamana bangsa mereka teramat perihatin tentang menguruskan kewangan mereka. Dan aku jadi sedih bila mengetahui berapa ramai bangsa aku sendiri yang begitu ego dan sombong tentang pengurusan kewangan mereka sehingga sebahagiannya ramai terdiri daripada "debtors" dan "bankrupts" !
 
Inilah kenyataannya yang sukar untuk aku cuba ubahkan. Persepsi "boleh percaya ke dia ni?" "dia ni mesti nak komisen jer ni" masih menebal di kalangan kengkawan sebangsaku. Dan paling menyedihkan... mereka lebih mudah merelakan duit simpanan yang sepatutnya disimpan sedikit atau dilaburkan untuk memaksimumkan simpanan.. dilaburkan kepada barang2 kecantikan, perhiasan atau aksesori kenderaan dsb. Aduyaiii.... kesian betul mereka nihh!!
 
Well... aku faham..konsep mereka.. "DUIT KAU, DUIT KAU! DUIT AKU..AKU PUNYA PASAL!".. Just go ahead with your ego. Pada aku... aku percaya... ALLAH tau nawaitu aku..! Moga ALLAH merestui di setiap langkah dan nawaitu ku ini... Moga ALLAH bukakan hati dan minda kengkawan ku ini.. seterusnya sedar tentang pentingnya menyimpan dan menguruskan kewangan mereka dengan baik. Moga ALLAH tetapkan hatiku untuk terus menjadi "penyampai" dan "penasihat" kepada mereka-mereka ini... AMIEN...!!

No comments: