Atuk dalam kenangan..

 
16 MARCH 2013….
Tarikh keramat bagi keluarga di Kg.Paya Rumput Melaka… Sekali lagi kami menerima berita sedih atas pemergian insan yang kami hormati iaitu Atuk Mat Ros bin Abu Bakar dalam usianya 78 tahun. Belum hilang lagi kesedihan yang menyelubungi kami setelah pemergian MakCik tersayang pada 26 January 2013 yang lalu. Kini… Atuk pula menyusul.
Bermula ceritanya… Atuk dikejarkan ke hospital Alor Gajah pada 9 March 2013 kerana rebah lantas muntah-muntah tiada henti. Bagaimana cara dia rebah/terjatuh… wallahualam… Hanya dia seorang sahaja yang tahu. Kemudiannya ditukar ke Hospital Besar Melaka kerana kesnya agak kritikal bila tiba2 Atuk tidak sedarkan diri dan terus koma. Setelah pemeriksaan teliti dibuat, didapati di bahagian otak  Atuk terdapat banyak darah beku. Doktor juga telah mengesahkan bahawa Atuk sudah tiada harapan untuk sembuh lagi dan meminta kaum keluarga segera berkumpul sementara nyawa masih ada…
Masyaallah… hebatnya ketentuan Allah.. Dalam sekelip mata sahaja.. dalam keadaan kita sehat walafiat.. jika Allah sudah takdirkan ianya akan berlaku.. ianya pasti berlaku..  Siapa kita untuk menolak takdir Allah ini..??
Ketika berita disampaikan kepadaku  pada tengahari Ahad 10 March 2013 itu, (oleh Adik dan Mak), aku memang tak tentu arah jadinya. Kebetulan incik hubby baru balik keje setelah semalaman bertugas. Memahami dirinya yang letih kerana tidak tidur semalaman, aku hanya memberitahu …Atuk dimasukkan ke Wad CCU di hospital Melaka dan keadaan Atuk yang tenat. Tidak berani ingin mengajaknya melawat Atuk di hospital masa itu juga. Melihat respon dari inchik hubby seperti  “kurang berminat”.. aku tersentap.  Tapi.. cepat2 memujuk hati..’mungkin dia letih sangat!’…
Walhal.. dalam hati.. hanya Tuhan saje yg tahu gelora hatiku ini!.. Pelbagai rasa dan andaian yg aku fikirkan.. Dalam solatku.. doaku tak putus2 agar aku “sempat” melihat Atuk sebelum terlambat.  Tiba2.. setelah aku selesai membaca Yassin untuk Atuk selepas solat Maghrib, incik Hubby tanyakan aku..  “Kenapa tak siap lagi? Ni dah pukul berapa dah ni nak gi hospital?” Aku terkedu.. tiba2..murah sangat airmata ini mengalir.. Lantas aku menjawab “Abang tak suruh pun Ida bersiap.. Ingat Abang tak nak pegi..” Hati yang sebal dan tersentap akhirnya terluah juga dengan deraian airmataku.
Akhirnya malam itu juga kami pergi ke Hospital Melaka. Tiba di sana pukul 10.00 malam. Mak ada menjaga Atuk. Keadaan Atuk amat lemah dan menyedihkan sekali. Ya Allah… kesiannya Atuk! Lama juga aku di situ menemani Mak yang hanya datang sehelai sepinggang. Kesian Mak, malam ni dia tunggu Atuk dengan tidur tegak di kerusi plastic yang sudah pastinya tak selesa.  Sempat kuberpesan pada sepupuku Nazirul agar membawakan Mak ‘kerusi malas’ agar Mak selesa tidur menemani Atuk.
Dan bermula malam itu, selang dua malam aku berulang dari Seremban ke Hospital Melaka hanya untuk melawat Atuk sementara diizinkan olehNYA  untuk kami “bertemu”.  Aku keraskan hatiku dan pura2 tak tahu bila melihat wajah letih dan mencuka inchik hubby yg sememangnya penat bekerja di siang hari namun terpaksa berulang Seremban-Melaka dalam keadaan letih begitu. Esoknya pagi2 dah nak bekerja. Memang aku berasa amat bersalah tapi dalam masa yg sama.. aku benar2 mengharapkan pengertian darinya.  Dalam pada itu…Sempat aku membawa air zam zam untuk Atuk dan kami bacakan ayat2 suci Al-Quran di telinga Atuk. Kami tahu.. Atuk boleh mendengarnya kerana… ketika aku membersihkan mukanya dengan air zam zam, air matanya mengalir. Ya Allah… hanya KAU saje yang tahu bagaimana sayunya hatiku waktu itu.
Sehinggalah pagi Jumaat itu.. Mak bagitau aku yang nafas Atuk sudah semakin lemah .. Badannya juga sudah menolak sebarang air mahupun ubat2an.. Doktor juga dah berpesan.. bersiap-sedia..dan biarkan Atuk “pergi” dengan tenang. Dan… pada hari Sabtu, 16 MARCH 2013..tepat pukul 11.05 pagi.. akhirnya Atuk pergi mengadap Ilahi dengan tenang …
Menerima berita pemergian Atuk.. mungkin ianya ‘kurang menyedihkan’ bagi sesetengah ahli keluarga kami kerana dari awal-awal lagi Doktor telah memberitahu bahawa Atuk sudah tiada harapan lagi dan pihak keluarga diminta supaya redha atas pemergiannya nanti. Aku faham desakan kerja dan urusan peribadi menghalang mereka untuk menjenguk Atuk. Bak kata Mak.. kebanyakan yg dtg melawat Atuk (ahli keluarga terdekat) bereaksi macam biasa saje sbb sememangnya Atuk sudah tidak sedarkan diri lagi ketika itu.
Namun… tidak bagiku.. Hatiku sebenarnya sedikit terkilan. Sepatutnya..  dalam keadaan tenat dan nazak begitu, masa yang ada ini lah.. Atuk diperdengarkan kalimah syahadah dan bacaan Yasin bagi meringankan beban sakit yg ditanggungnya. Walaupun Atuk tak memberi respon apa2 tapi kita yg hidup khususnya kaum keluarganya… berusaha ke arah itu .. moga2 perjalanan Atuk mengadap Ilahi dipermudahkan. Dan orang yg selayaknya adalah ANAK LELAKI Atuk sendiri!
Mohon maaf kepada ahli keluarga yg lain jika apa yg kukesalkan atau rasa terkilan ini mungkin korang tidak berkenan. 
Aku tidak mahu mempertikaikan sape yg bersalah tapi apa yg aku kesalkan.. jika “dia” tahu kedudukan & tanggungjwbnya sebagai ANAK LELAKI .. dia sepatutnya berada di sisi Atuk di saat2 akhir Atuk atau di masa2 Atuk tenat begitu.  Apalah yg nak diharapkan oleh Mak aku yg menjaga  Atuk. Nak suruh baca Al-Quran, pengetahuannya terbatas. Paling tidak pun..  sekali sekala, dia ada juga membacakan kalimah syahadah di telinga Atuk. Selebihnya.. aku memang kesiankan Mak yg menjaga Atuk 24 JAM sepanjang Atuk berada di hospital.
Apa lah salahnya kalau bertukar syif.. Mak jaga Atuk siang dan malam.. giliran dia pula menjaga Atuk. Bukankah itu satu2nya ayah dia?? Dan bila lagi dia nak menunaikan tanggungjawab terakhirnya pada ayahnya sendiri?  Apalah sangat dikirakan keselesaan tidurnya dan kesibukan kerja pejabatnya.. jika yg sedang tenat itu adalah ayahnya sendiri? Tak tahukah dia.. segala apa yg dilakukan, rezeki & kesenangan yg diperolehi kalau tiada redha dari ibu bapa.. siapa dia di dunia ini??  Masyaallah… kesiannya Atuk…!
Terkilannya hati sebab aku hanyalah seorang cucu perempuan yg telah berkahwin..! Segala apa yg kulakukan kalau tanpa restu suami.. memang neraka lah jawabnya.  Sudah terdetik di hati.. kalau lah aku tidak berkahwin.. memang sudah lama aku jaga Atuk di situ!
Namun…. Aku dapat melihat wajah penyesalan dia sepanjang jenazah Atuk  berada di rumah, selepas Atuk dikebumikan dan setelah selesai segala2nya.. Moga Allah memberinya hidayah dari apa yg berlaku..
 Biarlah… jika kaum keluargaku ingin mengataku yg aku ini “riak”.. terpulanglah. Aku sekadar meluahkan rasa kesalku.  Mungkin segelintir tidak tahu bagaimana riaknya “dia” dengan kesenangan yg diperolehi nya selama ini.. Bagaimana sinisnya “dia”.. mempersendakan aku suami isteri yang ingin belajar semula mengaji dan mendalami Al-Quran … Lebih menyedihkan.. bagaimana sombongnya dia mentertawakan cara kehidupan yang aku jalani bersama keluarga tersayangku. Tak mengapalah… hanya Tuhan sahaja yg tahu..
Yang penting… Yang mungkin korang..terutamanya adik2 sepupuku sekalian.. yang patut tahu… bagaimana istimewanya Atuk di hatiku. ..
Iyaa… sekali lagi.. aku tak nafikan… menjadi CUCU SULUNG kEDUA-DUA pihak… memang sangat2 teristimewa..! hehehe… jgn jeles!
Atuk Mat Ros pada mata kelima-lima anak-anaknya…  dia seorang ayah yang amat tegas, bengis , garang dan susah mahu berbincang.. Hitam katanya.. hitamlah.. putih katanya.. putihlah! Komunikasi amatlah jarang. Nenek lah selalunya jadi orang perantaraan jika mahukan sesuatu. Dan Nenek lah juga orangnya yang selalu memenangkan anak2nya.
Bab jodoh… kalau kat Mak aku dan Mak Ngah.. rasanya.. Atuk menggunakan kuasa veto dia.. Pilihan dia.. pilihan anak2 juga..! Tapi Alhamdulillah… kekal sampai sekarang kan..! :D  Bila time Mak Lang dan Mak Cik.. hehhee… dorang nie selalu kenalkan calon2 nya kat Nenek dulu.. Bila Nenek dah berkenan.. baru Nenek rekomen suruh proceed kat Atuk! So.. bab dating2 nihh… hanya Nenek saje yg tau rahsianya.. Semuanya di luar pengetahuan Atuk. Tak berani ko!!
TAPI… bila aku lahir… semuanya berubah…! Sebab.. masa aku lahir.. Atuklah orangnya yg mengqamatkan aku (sebab arwah Abah kat Sarawak masa tuhh).. Atuk jugaklah orangnya yg menguruskan pendaftaran kelahiran aku… (sampaikan aku punya tarikh harijadi ada dua laaa… haa..yg nii kita citer lain kali!).. dan sepanjang aku berada di Melaka.. hanya Atuklah lelaki yg aku kenal di dunia ini.. Lepas tuhh.. barulah aku & Mak ikut Abah ke Sarawak..
Setelah aku balik ke Semenanjung (itu pun lepas aku berumur 6 thn.. lama kan!).. memang aku menjadi kesayangan semua.. Maklumlah..aku satu2nya cucu/anak sedara masa tuhh… kihkihkihh.. Semua yg aku nak ... dapat!  Yg aku ingat.. Atuk selalu bawak aku naik basikal tua dia.. gi jalan2 .. pas tuhh singgah kedai kopi.. pekena the tarik.  Kalau gi Bandar Melaka.. mesti singgah kat Kg.Jawa..(tak tau.. wujud lagi ke tidak tempat nihh..)  and makan mee rebus.. Kalau gi Bandar Hilir.. mesti singgah makan ais krim jangung! Fuhh… aku rasa ais krim jangung apek kat Bandar Hilir itu.. antara yg terbaikkk kat dunia nihh..! :D
Masa aku dah start sekolah.. kalau time cuti jer.. Atuk mesti suruh aku balik kampung punya! Kalau Mak dan Abah tak dapat balik, dia suruh aku balik sendiri. Korang imagine.. masa umur 7 tahun, aku sorang2 naik bas express dari Port Dickson ke Melaka! Sampai kat Melaka… Atuk dah standby kat bus stand Melaka. Haaa… berani ke tak berani?? Aku rasa.. kalau zaman sekarang.. harus aku dah kena kidnap !! kahkahakah…
Bila aku dah mula masuk fasa remaja.. caring Atuk tetap macam dulu.. walaupun dalam pada itu..dah lahir cucu2nya yg lain.. Paling best..sewaktu aku bawak inchik hubby ke kampung.  Masa tu… aku belum couple lagi … Aku bawak balik kawan2 lelaki. Pun bukan sengaja.. aku sebenarnya menumpang kereta inchik hubby masa tuhh.. Rasanya.. kalau anak2 Atuk buat cam tuhh.. memang dah lama kejar dengan parang..!
And suprisely… Atuk siap jamu kami lagi. And… the best part… Atuk siap selongkar album2 lama dan tunjukkan gambar2 aku masa kecik kat inchik hubby & kawan2 dia… Perhhh!! Terperanjat beruk aku masa tuhh bila tengok Atuk boleh lagi dok borak2 & gelak2 santai dgn dorang!!
Yg sweetnya.. sampai sekarang.. Atuk memang “kalah” dgn inchik hubby aku! Apa yg inchik hubby aku nasihat atau cakap, Atuk dengar.. ataupun paling tidak bagi feedback..  And.. inchik hubby aku memang without fail akan bagi duit setiap kali kami balik kampung. Tu laa agaknya salah satu rahsia camner Atuk leh ngam dgn cucu menantu sulungnya kot!
Lebih sweet lagi.. kalau aku buat kenduri.. walaupun aku duduk kat Seremban, Atuk sanggup datang menghadiri majlisku!  Knowing him… Atuk memang payah nak ajak jalan sebenarnya… Ya Allah… terharu sungguh aku! The latest.. Atuk join dgn arwah MakCik dan lain2.. dtg jalan2 ke rumahku di Seremban. Itulah kali terakhir dia ke rumahku. Ironinya..itulah juga kali terakhir MakCik tersayangku berkunjung ke rumahku..
Semuanya kini tinggal kenangan… Ahh….terlalu ramai insan2 tersayang telah pergi menemui Ilahi… Doaku… semoga perjalananku menemui PenciptaKU berjalan dengan sempurna. Jika KAU matikan aku… matikan aku dalam iman, ya Allah…
Kepada insan2 tersayang yg telah pergi selama-lamanya… moga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman…
AL-FATIHAH….

Atuk ketika menepung tawar Hariz di majlis Marhaban & Aqiqah

Gambar keluarga..Istimewanya gambar ini.. Atuk sedang tersenyum manis & bahagia di samping anak2 & cucu2nya..
Sedihnya... aku tidak dpt turut serta.. :(
 
Gambar kenangan yg terlalu mahal harganya...!

 

No comments: