Ter over kah aku??


Dah lama aku tak dengar khabar kawan baik aku sorang niihh.. Sejak dia resign dari HSBC.. pas tuhh dok kat Kota Baharu, Kelantan.. berita tentang dia aku hanya dengar sekali sekala sahaja. Selalu.. bila dia update khabar tentang dirinya.. perkara biasa.. "susah nak carik makan kat sini laa... aku menganggur sekarang nihh... duit tak cukup  laa..."

Huhuhu... first time aku dengar orang balik kampung sendiri, carik rezeki kat Kelantan, negeri yg benar2 kurang godaan maksiat mahupun godaan menghabiskan duit.. tak boleh survive dok kat sana! Katanya.. dok kat KL dia okay.. & boleh survive! Pulak...!!!

Akhirnya, last pertemuan aku dengannya... dia dan family sudahpun balik ke KL dan kini bekerja sebagai agen insuran. Hmmm... maybe dia benar2 rasa selesa tinggal di KL agaknya. Aku pun kurang pasti.. Dek kerana kesibukan kerja aku nihh... aku benar2 terputus hubungannya dengannya. Actually, bukan susah mana pun.. telefon jer.. paling tidak pun sms..! Kann?? Tapi.. entahlah.. rasa berattt sangat nak menghubungi dia..

Actually, dia ni memang teman rapat aku di HSBC. Even.. Incik Hubby pun tau aku rapat dengan dia. Lunch sama.. Balik sama.. susah senang duit tak cukup.. dia banyak mengadu kat aku. Aku ni.. tak lah mewah mana pun.. tapi, kalau sebagai kawan dan memang masa tuhh dia perlukan bantuan aku...aku ikhlas menolong. Walau pun dia berpangkat pegawai tetapi sebab dia banyak komitment.. menyara keluarga, adik-adik sekolah & melanjutkan pelajaran dan ditambah lagi.. isterinya yg selalu sakit-sakit.. dia sering menghadapi masalah kewangan.

Isterinya mengidap sejenis penyakit saraf yang memang memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak/berjalan. Memang dia boleh berjalan tetapi tidak boleh berjalan dalam jarak yang jauh atau melakukan kerja2 rumah yang lasak. Segala pergerakannya adalah sangat perlahan dan lemah. 
Kawan aku ni.. umpama seorang suami yang mithali laa aku umpamakan. Balik dari kerja sahaja.. segala urusan rumahtangga..dia akan selesaikan. Sementara dia bekerja, isterinya dibantu oleh adik iparnya dan kadangkala dibantu oleh ahli keluarga isterinya. 

Namun begitu, satu perkara yang aku kagum sekali ialah... begitu teruk penderitaan sakit isterinya ini... isterinya mampu melahirkan zuriat untuknya seramai 3 orang! Subahanallah....!! Aku dapat bayangkan, betapa besar pengorbanan isterinya itu.. sanggup menggadai nyawanya sendiri walau dalam keuzuran demi melengkapkan kebahagiaan suaminya itu.. Memang beruntung betul kawan aku nihh.. 

Aku selalu nasihatkan kawan aku nihh.. sentiasa bersabar dengan ujian Allah ini.. Seteruk mana dugaan dia suami isteri.. sekurang2nya.. dia patut bersyukur sebab Allah menghadiahkan mereka zuriat penyambung kasih dan pelengkap rumahtangga walau pun dalam serba kekurangan. Mudah2an anak2 itu pembawa rezeki dalam kehidupan mereka. Berbanding dgn nasib orang lain.. yg suami isteri begitu sihat dan bahagia serta mewah kehidupan tetapi bertahun2, Allah masih belum mengurniakan rezeki anak buat mereka.. Dalam hal ini.. aku rasa.. kawan aku nihh memang bertuah dan beruntung!

Aku faham.. dugaan seorang suami yang banyak cabarannya apatah lagi kehidupan/nasib nya sebagai seorang suami yang begitu komited dengan keluarga. Sebagai seorang lelaki... adalah normal jika terdetik di hati, mengapa dia tidak seperti suami2 yg lain.. yg keperluan hidupnya diuruskan oleh isteri tercinta.. sebagai peneman ketika menghadiri majlis2... teman bermanja dan bergurau-senda... atau.. jururawat peribadi ketika sakit pening. Ditambah pula... bekerja di KL.. godaan rakan2 sekerja lelaki yang kebanyakkannya banyak mengajak ke arah keburukan. 

Tapi.. aku bangga... punya seorang kawan.. yang sungguh kuat imannya..tahan menghadapi segala godaan..!

Namun....berita terkini yang ku ketahui... kawan yg selama ini aku banggakan, hormati & respek dengan keperibadiannya... telah pun berkahwin lain! Reaksi pertama aku bila mendapat berita ini adalah... SANGAT TERKEJUT.. dan terus memutuskan UNTUK TIDAK MENGHUBUNGINYA LAGI!! Kalau boleh.. aku tak nak ambil tahu segala tentang dirinya lagi. FULL STOP!!

Aku tidak jealous apatah lagi nak mencampuri urusan hidupnya. Memang itu haknya untuk buat apa sahaja yang difikirkan bagus atau bahagia buat dirinya. Lagipun, dia bukan adik-beradik aku, laki aku taupun sedarah sedaging dengan aku.. Hanya sekadar sahabat karib.. yg bila2 masa boleh dibuang begitu sahaja! Tapi... aku ada alasan mengapa aku mengambil tindakan sedrastik ini.. 

1) Dia tidak pernah langsung memberitahu aku tentang pernikahannya yg kedua ini. Malah, dia memberi pesan kpd rakanku yg lain agar berita ini jangan sampai ke pengetahuan aku!

2) Isterinya yg kedua itu dengar khabarnya adalah seorang janda beranak tiga yg merupakan teman sepejabatnya juga. Dia mengahwini janda itu di Siam tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Isteri keduanya itu menyewa berdekatan block apartment yg disewa oleh isteri pertamanya juga. Dia terpaksa membahagikan masa isterinya2 itu dgn siang - isteri kedua, malam isteri pertama untuk mengelakkan kesangsian isteri pertamanya.

3) Dia mengahwini janda itu sebab emaknya sendiri yg menyuruh dia berkahwin lain kerana terlalu kasihankan kehidupannya yg bagaikan bapa tunggal!

4) Aku benar2 kasihankan isteri pertamanya kerana... walaupun aku tahu.. isternya ini pernah menyuarakan kawan aku ni berkahwin lain.. tapi aku faham.. di dalam hatinya sebagai seorang wanita.. pasti ada rasa kecewa dan sakit hati. Selama ini.. isterinya yg sakit2 itu sanggup menggadai nyawa utk melahirkan zuriat utk kawan aku nihh... Dia menggagahkan dirinya walau kudratnya sendiripun benar2 lemah & tak berdaya. Tidakkah kawan ku melihat pengorbanan isterinya itu?? Butakah dia?? Adakah sekadar untuk mencari peneman.. dia sanggup mengambil risiko menambahkan tggungjwab lagi? Sedangkan, aku tahu.. selama ini pun..kemampuan dr segi kewangan pun dia tidaklah semampu mana. Kemampuan menjaga anak2.. anak sulungnya pun dia terpaksa menyerahkan kepada mak mertuanya utk dibela. Dan.. aku tak pasti.. bagaimana dia menjadi "hero" dalam kemampuannya membahagikan masa utk isteri2nya itu..

Itu adalah alasan tersendiri aku.. Dan kukira...aku juga BERHAK dengan apa yg aku putuskan sebagaimana dia juga berhak menentukan pilihan hidupnya. Dan mulai saat itulah... aku kira.. aku kini kehilangan seorang sahabat baik ku yg suatu waktu dulu pernah aku kagumi.

Kukira... bila dia sudah membuat keputusan begitu.. dia sudah benar2 memikirkan untung nasibnya di kemudian hari. Dia tahu dengan apa yg dia putuskan. Dan aku sebenarnya tidak perlu mencampuri urusan nya lagi. Semoga kau berbahagia sahabat..! Maafkan aku atas segala-galanya.. 

No comments: