Alahai Anak...!

Hmm.. apa nak citer kali ni ekk? Rasanya.. topik menarik tak adalah sangat tapi.. kalau citer pasal anak-anak.. hmm..seribu satu cerita boleh diluahkan di sini.. Silap-silap ada sambungannya pula.. hehehe..
 
Sedar tak sedar.. Hariz dah berusia 8 bulan! Masih lagi terasa-rasa perut memboyot ni membawa dia ke hulu ke hilir. Terasa baru lagi aku meng update kan segala pengalaman suka dukaku mengandungkan dia di blog ini. Dan... masih lagi terbayang-bayang saat2 penuh debaran aku di bilik pembedahan sewaktu melahirkan Hariz..
 
Huh... memang masa tak boleh nak bertolak ansur dalam hal ini.. Tidak sesaat pun dia menunggu kita..  Dalam leka melayan kerenah hariz.. aku terdengar2 suara-suara rungutan dan tidak puas hati daripada si Kak Long Nura, Hadzim dan Dhiya.. "Mama..sayang betul dengan Hariz.. Tu sebab Hariz mengada-ngada.. ye laa.. anak Mama lah katakan...!" Komplen bukannya datang dari si kakak & si abang, malah si Ayah jugak sama joint komplen. "Awak memang nampak sangat manjakan Hariz berlebih-lebihan. Sikit-sikit dah le.. Nanti spoil budak tu nanti bila dah besar..!"
 
Haduhhh.. apa korang rasa kalau korang berada di tempatku?? Apa nak jawab??
 
Aku tak nafikan, kedatangan Hariz memang mengubat rinduku serta rasa kecewaku atas kehilangan baby2 ku yang tidak sempatku lahirkan sebelum ini. Sebagai ibu.. aku berusaha memberikan sepenuh kasih sayangku sebaiknya kepada semua anak-anakku. Aku tak tau mengapa anak2ku yg lain boleh terfikir aku melebihkan Hariz daripada mereka semua.. Dan segala perhatian dariku kepada mereka adalah bergantung pada level atau peringkat umur mereka sendiri. Inilah cabaran dan dugaannya mempunyai anak-anak yang berlainan tahap umur. Sebagai ibu.. aku perlu peka dengan setiap perkembangan diri mereka. Aku sentiasa mahu berusaha menjadi ibu yang cemerlang di mata anak2..
 
Justeru itu... pada Kak Long Nura, Hadzim dan Dhiya.. aku menjelaskan; " Mama bukan lebih2kan Hariz.. Tapi Harizkan masih baby lagi. Perlukan lebih perhatian dan penjagaan sebagaimana yang korang terima dari Mama masa korang baby lagi. Kalau ikutkan, korang lagi beruntung sebab Mama memberi 100% perhatian pada korang semua sebab masa tu.. hanya Mama sorang jer yang jaga korang. Sekarang.. bila Hariz ada.. korang dah besar-besar. Jadi, Mama boleh mintak bantuan korang untuk sama2 jaga Hariz. Masa Mama dengan Hariz pun agak terhad.. So.. sape sebenarnya yang untung?
 
Aku harap, dengan penjelasan ini mereka boleh faham dan alhamdulillah.. anak2 aku semuanya cerdik dan mudah memahami.
 
Memang payah menjadi ibubapa kepada anak2 yang mempunyai pelbagai peringkat umur. Contohnya, untuk si Kak Long Nura.. seorang remaja berusia 16 tahun, aku perlu berperanan sebagai sahabatnya bukannya sebagai seorang ibu sepenuhnya. Jika aku katagorikan aku sebagai ibu.. maka aku akan sentiasa menganggap dirinya masih belum matang dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Aku perlu menjadi teman pendengarnya yang baik.. dan juga cuba memasuki dunia remajanya agar segala2nya dapat dikongsi bersama. Hasilnya, si Kak Long Nura lebih selesa menceritakan segala2nya tentang aktivitinya, luahan rasanya, perasaannya, siapa kawan2nya kepadaku tanpa aku menyuruh dia menceritakannya! Dan kerana peranan sebagai "kawan" itu jugalah, aku tahu.. siapakah teman-teman lelaki yang cuba mendekatinya dan lelaki yang bagaimana menjadi taste anak daraku ini! 
 
Begitu juga dalam melayan kerenah anak bujangku Hadzim yang berusia 13 tahun ini.. Pun aku juga harus menghadkan peranan aku tidak sepenuhnya sebagai seorang ibu. Namun, anak bujangku ini lebih selesa berkongsi rahsia hatinya dengan ayahnya. Tak apa lah juga.. anak bapak kan! Sekurang2nya kami sebagai ibubapa sentiasa dekat di hati mereka dan tidak mahu mereka menganggap kami tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka.
 
Untuk anakku Dhiya yang berusia 10 tahun... kami perlu memberi lebih sedikit perhatian kepadanya dan berperanan sebagai "ibubapa" sepenuhnya kerana usia kanak2nya ini memang harus diberi perhatian. Dan aku pasti... dia seronok menjalani zaman kanak2nya dan dalam masa yang sama mendapat sepenuh kasih sayang dari ibubapanya.
 
Bagiku... selagi aku dan suami bernafas.. aku akan pastikan kesemua zuriat kami mendapat sepenuh kasih sayang dan perhatian dari kami sebagai ibubapa. Ini adalah anugerah dan amanah Allah.. Insyaallah.. kami tidak akan mempersia-siakan nya..
 
Moga.. kesemua anak-anakku; NURA ADILLA, MUHAMMAD HADZIM, DHIYA RAIHANIE dan NUR MUHAMMAD HARIZ.. menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi hamba Allah yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Make Mama & Ayah proud of u...dear!!

No comments: