Jumaat yang penuh pengisian...

 
JUMAAT  3hb August 2012 bersamaan 14 Ramdhan… aku dan upline aku, Alin bersama rakan-rakan unit trust  consultant yang lain berpakat untuk membuat amal jariah di samping bermesra dengan anak-anak yatim dari RUMAH SENTUHAN BUDI di Kg. Batu Sri Muda, Sentul.
Rumah Sentuhan Budi ini dibuka pada bulan August 2007, sebagai tempat perlindungan dan asrama kepada 25 orang penghuni yang memerlukan pembelaan serta kasih sayang. Di antara golongan yang mendapat perlidungan di rumah ini adalah terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, ibu-ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya.
Antara objektif penubuhan Rumah Sentuhan Budi ini adalah; membantu anak-anak yatim yang hilang tempat bergantung, menyempurnakan sedaya mungkin dari segi pendidikan akedemiknya sehingga ke peringkat pengajian tinggi, mendidik ganerasi kecil ini menjadi insan yg soleh dan berakhlak mulia serta menjadikan ALLAH sebagai matlamat hidunya dan syariat ISLAM sbg panduaanya..
Sebenarnya, Rumah Sentuhan Budi masih banyak kekurangannya dan memerlukan jasa baik pihak luar untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan. Antara bantuan yg diperlukan ialah: computer dan mesin cetak untuk kegunaan pejabat dan pembelajaran anak-anak yatim di situ, makanan asas spt beras, gula, tepung, biskut, minyak sabun dan brg2 keperluan lain untuk kegunaan penghuni di situ. Kewangan untuk membayar sewa bangunan, bil utility serta perbelanjaan persekolahan anak2 yatim.
Banyak juga yang kami sumbangkan kepada mereka. Antaranya beras, pakaian-pakaian terpakai, barang2 keperluan memasak seperti minyak, susu dsb. Ada juga di antara kami yg menyumbangkan wang mengikut kemampuan individu.
Tersentuh juga hati dan perasaan kami apabila kami diraikan dengan persembahan nyanyian yang diiringi persembahan muzik dari anak-anak yatim itu sendiri sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih mereka kepada kami. Banyak juga yang kami bualkan bersama salah seorang penjaga mereka iaitu Puan Nora.
Di akhir pertemuan, sempat pula aku menawarkan khidmat nasihat dan bimbinganku kepada anak-anak yatim di situ melalui Puan Nora, jika ada antara mereka yang mempunyai bakat terpendam dalam bidang penulisan, aku sedia menunjuk ajar. Aku percaya.. jiwa anak-anak yatim lebih sensitive dan berseni. Di dalam hati mereka ada banyak luahan yang terpendam yang hanya orang-orang tertentu sahaja yang memahami. Alangkah bagusnya jika yang terpendam itu dapat diluahkan di atas kertas seterusnya mencorakkan sesuatu penceritaan yang unik berdasarkan kreativiti mereka sendiri. Aku lebih memahaminya kerana aku juga seorang anak yatim….  L
Wajah2 suci anak2 yatim

Sempat berposing..

Bersama penjaga anak2 yatim - Puan Nora

Antara barang2 yg dibawa untuk disedekahkan kpd anak2 yatim

Anak2 yatim membuat persembahan sbg penghargaan

Anak2 yatim di Rumah Sentuhan Budi


Rakan2 unit trust consultant






Sesungguhnya, sepanjang setengah hari bersama mereka.. masa kami terisi dengan suatu pengisian rohani yang benar-benar membuat kami sedar diri dan mengingatkan kami agar menjadi seorang hamba yang bersyukur atas nikmat yg ALLAH berikan  selama ini.
Petang, bermula pukul 3.00 hingga 5.00 petang, aku menghabiskan dua jam itu dengan pengisian ilmu di Training Room Bangsar @ Public Mutual. Banyak pelajaran, ilmu serta motivasi yang aku dapat sepanjang dua jam itu. Kata-kata yang penuh semangat dan bermotivasi dari GAM Khairil sememangnya membuat aku penuh teruja dan bersemangat untuk terus bertahan dan kuat menghadapi segala halangan dalam mencapai impianku sebagai perunding unit amanah yang Berjaya. Memang owesome!! Terima kasih juga kepada unit consultant yang lain atas support kalian semua!
Selesai training… aku sudah merangka beberapa plan/strategi di kepala untuk close sales dan mencapai target yang aku set kan… Doakan aku Berjaya!  J
Malam – aku dan Alin serta rakan UTC yang lain diundang ke Majlis Berbuka Puasa di Restoran BORA ASMARA di Sg. Penchala. Majlis ini adalah ditaja sepenuhnya oleh GAM Hismazaitul yg baik hati. Terima kasih Hisma.. Semoga murah rezeki selalu…
Not bad gak restoran ni. Simple  yg bertemakan balinesee style dan makanan kat sini pun boleh tahan. Seronok gak sebab dapat mengenali dengan lebih dekat super2 UTC yg hebat dan Berjaya. Banyak juga perkongsian ilmu yg aku perolehi bersama mereka.
di Restoran BORA ASMARA, Sg. Penchala
Tiba di rumah pukul 11.00 malam. Ya ALLAH… memang letih sesangattt… malah rasa bersalah jugak sebab seharian tak jumpa si hensem boy Hariz! Sampai rumah, dia dah tidur…. Tapi.. tak apa.. moga dia faham.. Mama dia sedang mencari ilmu untuk kesenangan kita sekeluarga..
Hmmm… rasanya.. cuti sehari yg aku apply tidak sia-sia. Sepenuh hari aku mendapat pelbagai pengisian yang bukan sedikit tetapi terlalu banyak nilainya. Pengisian jiwa dan rohani… juga pengisian ilmu yg bermanafaat… Tidak ketinggalan juga.. pengisian ukhwah.. yang mana aku dapat menambahkan lagi bilangan kenalanku.. Moga ALLAH merestui sepanjang aktiviti yg aku lakukan… AMIN…

No comments: