Permata hatiku...

Tahun 2011 sesungguhnya tahun yang benar-benar membawa pengertian yg besar kpd diriku.. Dua orang anakku menghadapi peperiksaan besar.. yg sulung ambil PMR dan yg kedua pula ambil UPSR.. Akhirnya.. setelah pelbagai rintangan & dugaan kami suami isteri hadapi dlm memastikan mereka berdua sentiasa di dalam "landasan" yg betul agar matlamat yg disasarkan tercapai.. keputusan yg diperolehi... sangat membanggakan..!

Untuk anakku MUHAMMAD HADZIM yg telah memperolehi 3A 2B dlm exam UPSR yg lalu.. Mama sebenarnya bangga dan gembira dgn tahap pencapaian anak Mama nihh... Jika dibandingkan dgn keputusan peperiksaan utk Tahun 4,5 & 6.. ianya agak mengecewakan.. Hadzim ternyata banyak main dan kurang penumpuan. Sehinggalah ketika mengambil peperiksaan percubaan UPSR, barulah nampak kesungguhannya untuk mencapai target yg diidamkan. Bagi Mama... 3A 2B itu.. sudah cukup bersyukur...

Biarpun cita-cita Hadzim untuk memasuki Institut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh tidak berjaya, tapi.. Mama percaya.. ada hikmah di sebalik semua ini.. Bagi Mama.. SM Agama Nilai juga ada kelebihan tersendiri. Doa Mama... Hadzim akan terus fokus dlm pelajaran dan cuba buktikan kemampuan sendiri utk peperiksaan PMR akan datang..

Buat anak sulungku, NURA ADILLA... Maafkan Mama.. kerana selama ini memberi tahap piawaian yg rendah kpd anak Mama nihh...! Mama.. dan juga Ayah serta kaum keluarga yg lain sebenarnya tidak pernah menyangka dengan keputusan PMR yg Kak Long dapat baru-baru ini.. Keputusan 7A 1B.. sebenarnya adalah di luar jangkaan kami semua..(maafkan kami sekali lagi!)..Dgn sikap Kak Long yg sambil lewa & tak ambil kisah.. (termasuk asyik tidur dlm kelas, selalu kena denda keluar kelas dan mcm2 lagi..!).. membuatkan Mama hanya berharap agar Kak Long paling kurangpun dapat 4A 4B jer... Dlm jangkaan Mama, kalau Kak Long dpt keputusan bgitupun sudah memadai.. Tapi, rezeki Allah... tak ada siapa yg boleh menduga...

TAHNIAH anak-anak Mama! Mama serta keluarga kita semua amat berbangga dengan kejayaan kamu berdua... SYUKUR ALHAMDULILLAH... kepada ALLAH di atas limpahan kurniaNYA ini...

Kejayaan kamu berdua sebenarnya membuatkan Mama sedar bahawa... doa, restu serta penglibatan diri ibubapa terhadap anak-anak sebenarnya memainkan peranan yang PENTING dlm menentukan kejayaan anak-anak.

Alhamdulillah... tak sia-sia kami mengikuti segala nasihat dr ibubapa yg berpengalaman bahawa... sentiasa libatkan diri dlm apa jua aktiviti anak-anak, sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan anak-anak dlm setiap solat, tunjukkan contoh yg baik pada anak-anak agar sentiasa menjadi idola pd anak-anak sendiri serta sentiasa bertawakkal kpd ALLAH...

Moga-moga, kita sekeluarga sentiasa di dalam lindungan dan rahmat ALLAH selalu... AMIN....

Muhammad Hadzim ketika dianugerahkan sbg TOKOH SAHSIAH 2011 di sekolahnya.


Nura Adilla ketika mengambil keputusan PMR 2011nya..

No comments: