Corat-coret di Pesta Buku PWTC (di sessi bertemu penulis)

 Seawal pagi sebelum aku bertolak ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC pada 30 April 2011 yg lalu amat mencemaskan. Macam-macam rasa yang aku alami. Gembira, teruja, cemas, gelabah dan macam-macam lagi.

Mungkin 30 April 2011 ini satu tarikh yg paling banyak makna dalam hidup aku. Kalau nak diikutkan, tarikh ini suatu hari yg sepatutnya aku raikan bersama suami dan family tersayang. Suatu hari yg sepatutnya aku takkan lupakan dan akan kukenang sampai bila-bila kerana... inilah tarikh bahawa impianku suatu waktu dulu untuk bergelar seorang penulis secara totalnya telah terlaksana...

Ya.. pada tarikh inilah, aku akan berada di meja sang penulis menanti pembaca-pembaca karyaku beratur di hadapanku untuk mendapatkan tanda-tanganku dgn disaksikan oleh family tersayang yg byk memberi dorongan padaku selama ini.

Namun... itu mungkin hanya anganku di dalam mimpi-mimpiku yg sudah...
Hakikatnya, tarikh yg sama juga, sepupu suamiku melangsungkan perkahwinannya dan mahu atau tidak, suamiku terpaksa menghadirinya bagi mewakilkan diri dari ahli keluarganya. Dlm hal ini, aku terpaksa bertolak ansur walau di dlm hati, aku amat memerlukan kehadirannya pada hari yg bersejarah ini!
Susah utk kugambarkan perasaanku. Aku tahu dia serba-salah dan utk tidak memburukkan keadaan, aku mengajak anak sulungku buat penemanku di Pesta Buku itu. Cukuplah buat "pengubat" rasa terkilan dan sedihku. Sebenarnya, bukan sebab itu sahaja, dlm masa yg sama aku agak "terasa hati" kpd beberapa org dr ahli keluargaku yg seperti tidak prihatin ttg hari bersejarahku ini w'pun telah diberitahu sebelum ini. Namun, aku cepat2 sedar bahawa... mungkin aku tidak penting bagi mereka dan mungkin juga mereka mempunyai urusan & agenda msg2 yg lebih penting dr hal aku.. Justeru itu, aku malas ingin memikirkannya lebih-lebih.
Aku dan anak sulungku serta dua org rakannya menaiki komuter ke PWTC. Setibanya aku di situ, aku disambut oleh Faizal Yusuf (FY) yg telah terlebih awal menunggu di booth seperti yg dijadualkan.
Sepatutnya, dua buah buku karyaku akan diperkenalkan di booth INFO DIDIK itu. Namun, yg ada hanyalah satu iaitu ITU AKU. Buku ku yg bertajuk AKU REDHA tidak dapat diperkenalkan di booth kerana mengalami masalah printing.

Aku sebenarnya kurang faham mengapa sehingga waktu pesta buku berlangsung, buku-buku itu masih di dalam proses printing lagi sedangkan projek ini sebenarnya sudah lama dimulakan. Nasibku mungkin agak baik kerana sempat juga satu karyaku diperkenalkan di pesta buku ini. Bagaimana pula dgn nasib penulis-penulis lain yg terlibat sama dlm projek ini. Semua buku mereka gagal diperkenalkan di pesta buku itu walaupun bunting2 yg mengiklankan buku2 mereka telah lama digantung & ditunjukkan. Memang sedih & mengecewakan..

Menurut FY, inilah hakikat sebenarnya seorang penulis bila berhadapan dengan masalah publisher dsbnya.. Hmm... nampaknya ini merupakan satu pengajaran & pelajaran yg pertama yg kulalui sbg seorang penulis. Walau bagaimanapun, FY menasihatku agar bersabar dan memberi ruang dan masa kpd INFO DIDIK kerana ini merupakan projek pertama mereka dlm penerbitan kreatif ini. Selama ini mereka byk terlibat dlm hal-hal penerbitan buku-buku sekolah & soalan2 peperiksaan. Dalam hal pemasaran, aku sepatutnya tidak perlu bimbang kerana INFO DIDIK merupakan publisher yg besar & establish di pasaran kedai2 buku yg terkenal. Insyaallah, dlm waktu terdekat ini, kedua2 novel aku akan berada di kedai2 buku yg terkenal spt MPH, Popular dll.

Sepanjang aku berada di booth itu, memang membosankan. Apatah lagi staff2 jualan yg tidak pandai memperkenalkan aku sbg penulis novel buku terbitan syarikat mereka. Ada waktunya, aku pula terpaksa memperkenalkan diri pada para pengunjung bahawa akulah penulis buku novel ITU AKU bila mereka membelek-belek novel tulisanku di rak buku. Memang bangga dan terharu bila melihat novel tulisan sendiri berada di booth jualan dan melihat para pengunjung membelek novelku itu..

Lebih terharu dan gembira bila rakan-rakanku yg jauh dan dekat datang mengunjungi booth dan berjumpa dgnku. Seterusnya membeli novelku dan meminta aku menandatangani novel itu. Ya Allah... hanya ALLAH sahaja yg tau perasaanku di waktu itu..! TERIMA KASIH yg tidak terhingga kpd semua rakan2ku yg telah menunjukkan sokongan kpdku..

Paling aku takkan lupa bila akhirnya aku dapat bertemu juga dgn "hero" novelku ITU AKU.., ROY! Orangnya mmg sama seperti yg aku gambarkan di dlm ITU AKU kerana selama ini.. kami tidak pernah bertemu muka walaupun sekali. Hanyalah melalui sms, fb msg dan kadangkala telefon menjadi penghubung kami. Alhamdulillah... akhirnya...

Sesungguhnya, detik-detik ini tidak akan ku lupakan sampai bila-bila. Semua perkara yg menyedihkan yg berlaku pd hari itu sebenarnya tidak menghalang semangatku untuk terus menulis dan menghasilkan karya-karya yg lebih baik dr sebelum ini. Untuk itu.. aku perlu mendalami lebih ilmu pengetahuan ttg bidang penulisan ini. Moga apa pun halangan yg timbul tidak membuatkanku rasa gentar dan lemah semangat. Aku percaya.. ALLAH akan sentiasa ada di sisiku memberi aku kekuatan sepenuhnya....


Novel ITU AKU

Ijat & family yg datang memberi sokongan..

Pengunjung-pengunjung

Sessi menandatangan buku..

Pengalaman pertama menandatangani novel karya sendiri

Memang bangga & terharu melihat karya sendiri dijual di rak2 buku di booth jualan

publisher

Bersama dengan hero ITU AKU, Roy!

Thanks for sharing, Bro!

No comments: