Alahaiiii Boss...!

Hehehe... nak sambung skit citer pasal Boss aku ari tuhh... Rasanya.. masuk ari ni, dah 2 ari dia tak tegur aku! huhuhu... cam gaduh laki bini lak..!

Akupun tak tahu apa masalah dia. Dahlah cepat melenting.. dah tu.. terlebih emosional lak.. Mengalahkan lady boss! Professional ker sikap seorang Boss cam tu? Memanglah setiap kali ada discussion mesti ada argument. Semua orang ada pendapat masing-masing. Sebab tu, perlu ada discussion untuk mendapat persetujuan bersama. Tapi.. taklah sampai nak memanjangkan cerita sampai tak nak bertegur dua tiga hari! Tak ker pelik aku nengok perangai dia!

Dia ni kalau bab nak menghentam dan mencari salah orang, memang tahap terpuji! Tapi.. bila dia sendiri kena hentam dan dikritik.. eiii... tersentap plak! Tak boleh nak terima kritikan orang langsung. Dia ajer yang betul..!

Huh.. aku boleh imagine camner perangai dia kat rumah. Walau camner pun, ada aku kisah dengan perangai dia. Lantaklah! Kau nak emo ker.. nak tersentap ker.. nak sensitif ker..  tapi ... pleaselah.. awak tu boss. Seorang boss yg baik patut menunjukkan contoh teladan yg bagus agar staff lebih menghormati dan menjadikan awak tu sebagai role model. Seorang boss yg berkualiti tinggi juga sepatutnya harus mempamerkan sikap yang professional dan rasional tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Dan .. seorang boss yang bagus juga harus pandai mengawal situasi jika berlakunya perselisihan faham ataupun ketegangan di dalam suatu perbincangan, bukannya menghentam terus staff sendiri di hadapan 'orang luar'..!

Sedarlah boss..! Setinggi mana pun pangkat awak tu.. kalau minda sendiri tak terbukak dan ego menggunung tinggi... mana2 orang bawahan awak pun sukar untuk menghormatinya... Think positive dan lembutkanlah hati tu menerima setiap kritikan dari orang bawahan. Tak jatuh pun standard awak tuhh.. kalau ditegur oleh orang bawahan kita. Sekurang2 nya, kita dapat memperbaiki diri agar menjadi yang lebih baik.

Kadangkala bila terasa diri sempurna, kita tak sedar bahawa segala tindakan kita semuanya dirasakan betul. Kita ketepikan segala pendapat orang. Sekali-sekala, apa salahnya cermin diri kita dan lihatlah ke bawah. Takut-takut, bila dah berada di tempat tinggi, kita LUPA macamana nak turun dengan selamatnya... sudahnya, jatuh tersungkur.. kan menyusahkan diri!

Alahaiii Boss.... !

Boss oh Boss!!

Huh... hari yang meletihkan dan menyakitkan hati..! Semuanya pasal kerja... Bukan mahu mengungkit dan mengingati perkara-perkara yang menyakitkan hati ini.. tapi.. sekadar meluah rasa KETIDAKPUASAN HATI dan rasa KECEWA dengan sikap boss di tempat kerjaku ini..

Selama aku bekerja di sektor bank ini, pelbagai ragam dan kerenah boss yang pernah aku lihat dan tangani. Macam-macam ada!.. Yang baik hati, yang pemurah, yang kedekut, yang cerewet, yang kejam dan zalim punnn ada...! Kebanyakan dari boss yang aku kerja di bawahnya, yang selalu memberi masalah dan mengecohkan keadaan adalah LADY BOSS..! Biasanya boss lelaki ni.. tak banyak ragam dan sentiasa cool...

TETAPI... tidak bagi boss (lelaki) aku yang sekarang ini..! Inilah pertama kali aku bekerja dengan seorang boss lelaki yang ter over cerewet, kelam-kabut, cepat melenting dan suka under estimate staff sendiri! Suka jump into conclusion tanpa mendengar sepenuhnya explaination dari staff bawahannya..

Yang menyakitkan hati aku, dia ni.. betul-betul macam "lalang"... Ada ketika, dia dah betul2 tegas dengan decision yang dibuat, tapi bila ada "makhluk" yg datang menghasut dan menyebarkan statement yg belum tentu sahih kebenarannya, bulat2 dia akan percaya dan dgn mudahnya dia akan menukar decision yg dibuat..  Masalahnya, dia ni.. bukannya bangsa lainpun..  bangsa yang sama dgn aku jugak..! 

Aku tak kisah, kalau sesuatu yg dibebelkan itu adalah kesalahan aku tapi.. memang pantang aku kalau benda yg aku dah lakukan dgn betul dan disahihkan oleh org2 yg dipercayai.. punnn.. dia masih gak nak menunding jari ke arah aku! Bila sesuatu perkara yg kubuat dilakukan dgn betul, tidak pernah dia 'take note' akan pencapaian aku itu. Tapi.. bila ada saja point yg dia nak "taruk" aku.. akan diberinya cukup-cukup!!

Ahhhhh.... TENSION!!!!..  BOSAN...!!

Sudahnya dari kerja yg kulakukan itu dilakukan dgn ikhlas dan jujur dah menjadi sebaliknya.. Geram punya pasal.. semua "ayat-ayat cinta" lah keluar..! Dalam hal ini.. saper nak dipersalahkan?? Memang kena sabar.. tapi.. sampai bila?? Sanggup ke aku kerja bertahun2 dan hanya perlu melihat dan mendiamkan sahaja dgn apa yg telah dilakukannya kpd aku? Sanggup ke aku jadi seorang staff yg hanya pandai berkata.. "YES BOSS!" ?? 

Bukan tak boleh dibawa berbincang.. tapi setiap kali aku membuka mulut utk memberi penjelasan, awal2 lagi dia dah potong cakap aku! Semua perkara dari mulut dia adalah benar belaka, tidak ada yg tidak benar.. Macam ini nak jadi boss contoh dan memberi teladan yg baik kpd staff bawahannya?? Huh... nak turun ribut petir agaknya kalau dia jadi boss yg begitu..!

Time macam ni lah.. terniat nak berenti kerja!  Tapi.. kalau dah berenti.. saper pulak nak bayar hutang-hutang aku tuhh...  Lain ler..  kalau cik abang aku tuhh.. milliondolarmann... huhu...

Walau macammana pun... tiada jln lain untuk masa ini.. bersabar & bermuhasabah diri ajer laa... Nak kutuk lebih-lebih pun.. inilah periuk nasi aku..  kang bila time appraisal.. dia bagi komen yg kaw-kaw punya.. baru padan muka aku!  ahaks...

Moga-moga.. boss aku tuhh.. akan sedar satu hari.. Tak per laa kalau dah terlambat.. Namun, aku sentiasa berdoa.. moga satu hari nanti.. dia akan dapat menilai kerjaku dgn bijak & mengetahui kebenarannya...

CIKGU TEH dalam ingatan...

Setiap kali menjelangnya 16 MAY, sempena HARI GURU.. pasti ingatanku pada zaman sekolah terimbau kembali. Teringat bagaimana 16 MAY diraikan begitu meriah di sekolah-sekolah. Bermula zaman sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Pasti tercuit rasa hati terkenang kisah lama…
Bagiku secara peribadi, antara guru yang paling aku takkan lupakan sehingga akhir hayatku ialah CIKGU TEH. Beliaulah guru matematik dan bahasa inggeris yang menjadi kesayangan semua pelajar di SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA KEM, PORT DICKSON. Memang dia serius ketika mengajar tetapi setiap apa yang diajarnya, kami semua cepat faham. Yang aku suka, teknik yang diajarnya terutama dalam subjek bahasa inggeris betul-betul memberi kesan kepadaku sehingga sekarang.  Malah dari  pemahaman yang aku terima hasil dari apa yang diajarnya itu, aku sentiasa mendapat markah “A” dalam subjek bahasa inggeris sejak dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah.  Aku betul-betul suka dan kagum dengan caranya mengajar.
Beliau juga merupakan seorang guru yang sentiasa perihatin kepada anak-anak muridnya dan juga seorang yang peramah.  Perkara yang paling seronok dan yang aku tunggu-tunggukan ialah bila tibanya TAHUN BARU CINA. Pasti rumah CIKGU TEH yang berwarna kuning air yang terletak di atas bukit di BATU 1, Port Dickson itu menjadi tumpuan kami satu kelas. Berebut-rebut kami makan kuih-muih dan buah oren. Kalau kena masanya, beliau akan menyajikan buah jambu batu yang ditanam olehnya di halaman rumah. Memang indah saat itu…!
Namun detik-detik manis itu terpaksa kami tinggalkan apabila kami mula menjejak kaki ke alam sekolah menengah.  Memang sukar mencari guru seperti CIKGU TEH.. Aku menghadapi sedikit kesukaran apabila mempelajari subjek matematik di sekolah menengah.  Cara cikgu yang mengajar matematik di sekolah menengah berlainan benar dengan cara dan pendekatan yang dilakukan oleh CIKGU TEH.  Ada juga terniat ingin berjumpa CIKGU TEH dan meminta beliau mengadakan tuisyen tetapi tuntutan masa yang terhad memaksa aku menerima hakikat yang aku perlu menerima apa yang diajar oleh guru lain selain dari CIKGU TEH. 
Bagaimanapun, untuk subjek bahasa inggeris, walau bukan lagi dengan CIKGU TEH,  tetapi apa yang diajarnya tetap aku ingat sampai bila-bila. Alhamdulillah, aku tidak menghadapi apa-apa kesukaranpun untuk subjek ini.
Masa berganti masa.. tahun beganti tahun.. aku tidak pernah lupa mengirimkan kad ucapan TAHUN BARU CINA kepadanya. Perkara yang paling menggembirakanku ialah apabila dia membalas kad ucapan kirimanku dengan disertai kata-kata semangat. Bagiku, itu sudah cukup membanggakanku kerana dalam ramai-ramai anak muridnya, dia masih mengingatiku..!
Perkara ini berlarutan sehingga aku menyambung pengajianku di POLITEKNIK PORT DICKSON. Satu perkara yang aku takkan lupakan sehingga ke akhir hayatku ialah kesudiannya menghadirkan diri ke majlis perkahwinanku pada 29 APRIL  1995. Siap masuk ke bilik pengantin hanya semata-mata ingin berjumpa denganku secara peribadi.

Namun, itulah kali pertama dan terakhir sejak aku meninggalkan SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA, aku dapat bertemu dengannya.  Selepas aku memulakan kehidupanku sebagai isteri, aku tidak lagi menghubunginya. Entah mengapa….! Dalam pada itu, aku ada juga tertanya-tanya tentang khabarnya tetapi yang ralatnya, mengapa aku tidak langsung tergerak untuk menghubunginya walaupun sekadar kad ucapan TAHUN BARU CINA..!  Mungkin, aku sibuk dengan urusan rumahtangga dan kerjayaku..
Sehinggalah bila aku mula “bertemu” semula dengan rakan-rakan sekolah rendah dahulu di FACEBOOK dan juga di “SKS-Facebook”, aku telah diberitahu oleh bekas pelajar  SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGALA bahawa CIKGU TEH sebenarnya telah lama meninggal dunia. Menurut mereka, beliau telah pergi sejak dari tahun 2002 lagi…
Pemergiannya sesungguhnya memang meninggalkan kesan yang amat mendalam bagi kami bekas pelajar-pelajar yang menyayanginya.  Bagiku, CIKGU TEH merupakan seorang guru yang mengajar dan mendidik dengan penuh keikhlasan kerana sehingga ke hari ini.. aku masih mengingati segala apa yang diajar olehnya.. Dan sehingga ke hari ini juga, aku tidak ketemu lagi seorang insan bergelar guru sepertinya lagi…
Cikgu Teh Poh Teck..

Thanks to ALUMNI SDASA for your support..

Alhamdulillah... Syukur...
Bangga dan terharu apabila membaca berita terkini di blog 
rupa-rupanya berita tentang diri aku! huhuhu... mana tak bangga beb.... Anyway.. THANK YOU VERY VERY MUCH atas sokongan yang diberikan. Ni yang betul-betul semangat nak meneruskan bidang penulisan nihh..  Apatah lagi, novel-novel aku tu belum terjual di mana-mana kedai buku lagi tetapi member-member dah dok order terus dari aku. Kata mereka, lambat sangat nak tunggu kat pasaran. Lebih baik suruh aku order terus dari distributer.. Pada aku.. tak kisahlah itu semua. Yang penting, dia orang dah tunjukkan tanda sokongan yang sebegitu pun.. dah cukup bagus untuk aku..
Apa-apa pun.. novel ketiga is on the way.. yang pasti.. SDASA merupakan antara latar belakang kisah itu nanti.. Tunggu..!!  :)
Di bawah ini.. antara caption dari blog SDASA yang sangat-sangat aku banggakan dan hargai.. Love u SDASA...!!
        **********************************************
Pihak ALUMNI SDASA tumpang berbangga apabila dimaklumkan bahawa salah seorang bekas pelajar tahun 1990, Puan Rohaidah Haron akan melancarkan novel pertamanya bertajuk “AKU REDHA & ITU AKU” di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC, Kuala Lumpur. Pelancaran dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 30 April dan Ahad, 1 Mei 2011 pada pukul 2 petang hingga 5 petang di Dewan Tun Hussein Onn di booth nombor D09, D10, D15 dan D16.

Puan Rohaidah berharap agar dapat bertemu rakan-rakan bekas pelajar SDASA pada hujung minggu bagi memberi sokongan padu di atas kelahiran karya-karya beliau.

Kepada Puan Rohaidah, ALUMNI SDASA ingin mengucapkan selamat maju jaya di dalam bidang yang diceburi.
Untuk mendapatkan sinopsis novel-novel beliau, sila layari laman web berikut:http://aidaanggerik.blogspot.com/2011/04/sinopsis-aku-redha-itu-aku.html

Petikan-petikan novel AKU REDHA..


1) “5 sebab kenapa saya tak ambik tandatangan awak ialah awak ni perasan bagus, dah tu bodoh sombong pulak tuh, gila kuasa, tak reti bahasa dan yang kelima syok sendiri! Ok, dah cukup 5 sebab kan? Puas hati? Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu yek!”

2) Aneh.. hidup ini! Aku berlakon di pentas lakonan yang aku cipta dan arahkan sendiri.

3) “Jika seseorang hadir dalam hidup kamu.. dan menjadi sebahagian daripada kamu.. tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.. suatu waktu dulu..!."

4) “Sabar Rissa.. Abah percaya Rissa seorang yang sabar dan kuat. Sebab itu Abah pilih nama Nur Arissa yang bermaksud cahaya kekuatan. Abah percaya semangat Rissa seperti semangat Abah juga. Anak Abah ini sabar orangnya. Orang sabar akan disayangi Allah!”

5) Sepertimana Abah berpesan kepadaku, seperti itu jugalah aku berpesan kepada adik-adikku bahawa harta yang paling berharga adalah pelajaran. Tanpa pelajaran, kita tidak akan ke mana malah kita akan dihina dan dipersendakan.

6) “Pernah tak awak dengar pepatah Inggeris mengatakan, ‘only the good die young!’”

7) Mengapalah, dalam ramai-ramai peserta Ekspedisi ini, lelaki sombong yang kubenci ini juga yang datang menyelamat? Suatu kebetulankah atau memang sudah ditakdirkan yang aku tidak dapat “lari” dari mamat samseng ini?

8) “Cik Rissa… kau jangan benci kat orang melampau sangat…. Mak aku pesan.. jangan benci orang terlebih-lebih, takut nanti.. orang yang kita benci tu lah orang yang paling kita sayang nanti.. Silap-silap, dia tu jadi laki kau agaknya!”

9)  “Cik Rissa! Kenapa ni? Apa yang berlaku?” Tanya Pak Cik Latif sambil memandangku dari atas ke bawah. Aku memandang diriku. Masyaallah..! Aku berkaki ayam rupanya. Tudung entah ke mana dan bajuku juga tidak terurus. Kuraba bahagian lengan kananku. Ianya terkoyak sehingga ke bawah!

10) Benarlah kata orang, cinta menjadikan manusia lebih bertenaga, kuat dan diri bermotivasi sepenuhnya. Cinta tidak sepatutnya menjadi penyebab kemurungan, hilang keyakinan diri dan sebagainya. Maka, nikmatilah cinta dalam bentuknya yang tersendiri dan teristimewa iaitu dengan perkahwinan!

11) Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan tetapi… paling sedih, bila dah dapat.. itulah punca masalah hidup kita….

12) “Farah.. membuat keputusan tidak semudah meminta sesuatu. Apatah lagi.. kita berbicara tentang kebahagiaan masing-masing.Awak meminta saya pertimbangkan permintaan awak yang sebenarnya telah membunuh saya dalam diam. Mungkin awak tidak meletakkan diri awak di tempat saya maka awak tidak dapat merasa betapa sakitnya hati menerima kenyataan ini. Pernahkah awak terfikir bagaimana perasaan seorang isteri yang baru sahaja ingin merasa bahagia bersama suami yang dicintai sepenuh jiwa tiba-tiba mendapat tahu suaminya beralih cinta kepada yang lain?” Aku terhenti di situ mengumpul kekuatan sebelum menyambung kembali kata-kataku;



13) “Hello.. Puan Nur Arissa.. kau ni betul ke tak betul? Suami kau tu.. dah buat macam-macam kat kau. Kena pukul.. kena lempang.. bukannya kau nak lapor kat polis ke.. teledera ke.. ha.. sekurang-kurangnya, buat laporan doktor ke..  Sudahlah tu.. boleh lagi bersabar bila tahu suami ada kekasih lain. Siap jumpa lagi dengan ‘bakal madu’ pulak tu!” Ayu terus-terusan membebel.

14) “Kenapa mesti kau menghambakan diri kepada suami yang tak pernah ingin menghargai dan menghormati kau sebagai isterinya? Aku faham niat kau ingin menjadi isteri solehah di mata dia. Tapi.. adakah dia menghargai niat suci kau tu? Mana pergi janji-janjinya yang pernah diikrarkan dalam lafaz nikah dahulu yang telah berikrar dengan nama Allah bahawa dia akan menjadi suami yang bertanggung-jawab kepada isterinya? Fikirkanlah sedalam-dalamnya Rissa.. demi kebaikan kau sendiri..”. 

15) Ini juga dikira ujian dariNYA.. Aku tidak mahu terperangkap dalam scenario “unknown love” ini..! Satu scenario yang tidak dijangka tetapi akhirnya nanti bisa memerangkap. Dan tentunya aku tidak mahu dituduh isteri yang curang hanya kerana melarikan diri dari tekanan perasaan dan jiwa yang terluka..

16) Dahulu, usahkan pipi.. menjentik seluruh tubuhku ini tidak pernah dilakukan oleh arwah Abah! Begitu sayangnya arwah Abah kepada anaknya ini. Memang aku selalu dipukul oleh Emak namun kerana kebiasaan itu telah melalikan aku sebenarnya. Lantaran itu, aku tidak terasa apa-apapun apabila dipukul mahupun dicubit oleh emak sendiri. Tetapi bila dipukul oleh suamiku.. aku tidak boleh menerima hakikat ini! Hatiku benar-benar sakit dan jiwaku semakin parah.

17) “I think…you should thanks to your God to give a second chance for you!”  

18) Hipokritkah aku? Andainya ada anugerah pelakon wanita terbaik pada waktu ini, pastinya akulah pemenangnya! Bukan mudah untuk memujuk hati yang telah lama hancur menerima semula insan yang sebenarnya adalah yang bertanggungjawab memusnahkannya!

19) “Rissa.. Riz.. minta maaf… kalau Riz tak tinggalkan Rissa dulu, kita sudah lama hidup bahagia dan Riz dapat jaga dan lindungi Rissa sepanjang hayat Riz..” Kata Rizal Azli dengan nada kesal. 

20) “Ingat Bang…di hari pernikahan kita.. Abang telah melafazkan ikrar perkahwinan dengan bersumpah dengan nama Allah untuk menjalankan tanggung-jawab Abang dengan sebaiknya sebagai suami. Abang bukan berjanji dengan manusia tetapi dengan Allah. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, jangan pula nanti Abang telah terlewat untuk menyesal…!”

21) Ya.. bercakap tidak sepayah insan yang perlu menghadapinya. Ternyata setelah aku sendiri yang mengalaminya… baru kufaham apakah kemelut yang mereka hadapi sebenarnya. Tidak ada cela atau hinanya menjadi janda. 

22) “Sampai bila Rissa nak teruskan hidup macam ni? Bukan Riz nak menghina Rissa dengan status Rissa sekarang tapi.. inilah hakikatnya yang perlu Rissa terima. Hidup menjanda dalam kelompok masyarakat kita ni penuh dengan dugaan dan banyak mengundang fitnah. Riz tak sanggup tengok Rissa dihina dan dituduh sesuka hati..” Sambung Rizal Azli lagi. 

23) I want my husband back.. Rissa..! Aku tak sanggup kehilangan dia.. dan aku.. tak sanggup nak berkongsi suami dengan sesiapa pun..!” Tegasnya. 

24) Tiap apa yang kita miliki..  Harus kita sayangi.. tetapi.. 

Tiap apa yang kita sayangi…  Tak semestinya dapat kita miliki….

25) “Jangan bohongi hati… Hati tidak pernah menipu… Kita sama-sama saling menyintai.. cuma.. ego untuk mengaku..! Mengapa mesti berdolak-dalik lagi..? Apa yang Rissa tunggu? Apa yang Rissa ingin pertahankan lagi?”

26) “Tolonglah Rissa.. pas ni.. janganlah kau pandai-pandai nak tunjuk skill berani mati tu lagi.. Semua orang boleh sakit jantung.. kau tau tak! Kau tak kesian ke.. mak dan mak mentua kau yang dah tua tu.. Dia orang pun.. punyalah panic semacam bila tau cerita kau ni..!” Tegur Ayu.

27) Bee nak Sayang tahu....walaupun nyawa terpisah dari badan....rasa cinta, rasa kasih dan rasa sayang Bee tetap hidup untuk Sayang buat selamanya..!”

Petikan-petikan novel ITU AKU...


1) “Seluar levi's cap ayam , maksud gua made in Siam, jeans apa-apa seluar pinjam…  Blakang lu antar kedai jahit suh tailor tu potong dan kecikkan bawah dia mcm carrot cut. Senteng sampai buku lali. Nak lagi senang lu beli  sluar cutting pompuan ke, makcik ke… janji menepati saranan sirim mat rempit! Sluar pendek pun boleh…” Sambung Zack sambil tersengih.

2) “Perhhh Bai!! Ni.. Motor ke lembu?? Kalau lembab macam lembu.. Balik rumah je Bai!! Pergi tolong mak masak.. Jadik anak dara oiii!!!”..

3) “Hehehehe… lu jangan tak caya.. gua pernah adjust  fork motor.. gua turunkan ke handle supaya  tak goyang masa bawak motor. Pernah gak gua kasi turunkan sampai paras lutut saja. “ Jawab Zack dengan bangga.

4) “Apa guna Abang menyimpan saya lagi jika hanya untuk perhiasan..! Selama ini pun, nama sahaja saya bersuami tetapi kehidupan saya tidak ubah seperti ibu tunggal… Tolonglah Bang.. untuk kali ini.. saya merayu.. jangan dera perasaan saya lagi…”

5) “Apa yang bagus sangat kau main motor ni? Apa.. kau dah bosan hidup sampai dengan rela hati join lumba haram tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain?”

6) Tentang aku?... Biarlah.. redah saja apa yang mendatang di hadapan.. Itu aku! Tidak pernah gentar dengan kekecewaan dan cabaran…!! Detik hati Azrul Azizi.

7) “Benda tu mahal Bro! Gred baikk punya!  Warna putih Kristal.. Mahal pun mahal.. kalau gred kedua, warnanyaputih kemerahan. “ Terang Sifu.

8) Epol tidak mempedulikan marah dan jeritan Azrul Azizi. Yang penting adalah sasarannya kini semakin hampir. Ketika mereka melewati wanita itu di sisi jalan, dengan pantasnya Epol segera merentap dengan kasar beg tangan dari tangan kiri wanita itu.

9) “Gua tau.. nama gua.. lu sebut..siap lah lu nanti..Bukan lu yang gua cari..! Gua carik adik perempuan lu!”


10) “Hey.. bukan ke.. lu menang game malam tadi? Gua sekarang.. lu punya!” Jawab Norzie selamba.
11) “Jojie tu.. Cuma chikaro aje Bro.. dah banyak kali jadi lauk balak-balak yang lain.. Apa kelas lu nak tangkap jiwang dengan bekas jantan lain! Setakat buat penyedap lauk.. itu pun dah cukup baik, Bro!..”

12) “Menceburi bidang perlumbaan motor tidak salah tetapi harus mengikut panduannya. Maksudnya, semua yang dilakukan harus ada undang-undangnya. Misalnya, penunggang itu sendiri mesti ada lessen yang sah, mempunyai ilmu segala selok-belok tentang motor, berlumba di track yang sah dan diiktiraf. Barulah dikatakan pelumba professional.” Nasihat Cikgu Shaari lagi.

13) Benar kata orang.. Untuk berubah menjadi baik memerlukan semangat yang kental dan displin diri yang ketat serta mengambil masa yang agak lama dalam proses transformasi perubahan. Namun, untuk berubah menjadi buruk/jahat, tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berfikir. Terdetik niat di hati, otak sudah mengarahkan untuk terus melakukannya!

14) “Kami tak galakkan berlumba haram. Mat Rempit adalah tabiat buruk yang mesti dihapuskan. Kami sedar keburukan Mat Rempit kerana kami pernah melalui pengalaman itu. Kerajaan dah sediakan litar, kenapa kita mesti merempit? Kalau jatuh motor di litar, ada insurans. Kalau Mat Rempit jatuh motor, dapat apa?” Tanya Red sambil merenung Azrul Azizi.

15) “Ibu tahu… Roy tak sayangkan ibu kan.. Roy lebih suka tengok ibu matikan?” Tanya Syaniza dalam nada yang tidak bermaya sekali. Nafasnya tersekat-sekat.

16) Mengapa penyesalan datang setelah segala-galanya telah terlewat? Itulah yang Azrul Azizi kesalkan dan barangkali penyesalan dan rasa bersalah itu tidak akan hilang sehingga dia mati!  

17) “Sanggupkah kita berkorban? Untuk kita menjadi orang yang Berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. Selepas bersedia untuk berkorban, kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja…!”

18) “Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.”

19) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan"

20) “Kita semua telah menerima hukuman dan pengajaran dari setiap kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Kita patut bersyukur kepada Allah.. dalam ujian berat yang kita terima dariNYA..,  hikmah di sebalik dari apa yang kita lakukan adalah tentang perhubungan dan kasih sayang antara kita semua dalam satu keluarga semakin erat.. Pernahkah Roy terfikir begitu?”
 
*** Special dedication to Roy.. for sharing his story.. ***