Walimatulurus... 02OCT10

Fuhh...Lega!!! Itulah perkataan yang amat sesuai di kala ini... Alhamdulillah.., akhirnya segala persediaan dan perancangan yang diatur dalam menjayakan majlis perkahwinan adikku, HAZLINDA HARON berjalan dengan lancar..


Rating A++ patut diberikan kepada ahli-ahli Badan Kebajikan & Hal Ehwal Penduduk Bandar Sungala yang diterajui oleh saudara Rahim yang telah membantu serta bertungkus-lumus dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar sejak dari hari Berkampung sehingga ke tarikh majlis.


Semangat kerjasama yang ditunjukkan amatlah dikagumi dan sesungguhnya hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala bantuan yang dihulurkan. Tanpa mereka, rasanya majlis ini tidak mungkin dapat disempurnakan dengan jayanya.


Al-maklumlah, pemergian ayahanda tercinta menjadikan kami sekeluarga tiada ketua yang menerajui keluarga kami. Sekaligus, sebagai anak yang sulung maka tanggungjawab itu diamanahkan di atas bahuku serta suamiku. Dek kerana kurang pengalaman, maka urusan majlis ini, kami main "redah" saja!


Mujur juga, sebelum ini pengalaman serta pengetahuan serba-sedikit sebagai wedding planner kugunakan sebagai rujukan dalam perancangan majlis adikku ini. Alhamdulillah.. walaupun tidak se "grant" mana.. namun ianya tetap ringkas, manis dan sempurna di mata kami sekeluarga.


Tidak dilupakan kepada ahli keluarga serta saudar-mara yang turut sama membantu dalam merialisasikan majlis ini agar nampak sempurna.. Walaupun ada sedikit terjadinya.."Tragedi Oktober" (maaf, tidak boleh diceritakan di sini!) semasa majlis itu tetapi ianya tidak sedikitpun mencacatkan perjalanan majlis itu. Alhamdullillah.. Syukur... Allah memperkenankan doa kami!

Buat armarhum ayahanda yang sentiasa dalam ingatan...
Seorang lagi puterimu telah disunting orang. Walau jasadmu tiada di sisi meraikan majlis ini.. namun "rohmu" sentiasa mengiringi kami ke mana jua... Semoga Abah berbahagia di alam sana di kalangan orang-orang yang beriman dan moga rohmu sentiasa cicucuri rahmatNYA..
Buat ibunda tercinta... sesungguhnya.. ini adalah detik bahagia buat dirimu kerana seorang lagi puterimu telah menemui jodohnya.. Namun begitu, sinar mata kekecewaan masih jelas terlihat akibat terluka dengan sikap adindamu.. Sabarlah.., Tuhan menduga kita dengan pelbagai cara..Insyaallah.. moga-moga suatu hari nanti, Allah akan tunjukkan kebenarannya..

Buat adindaku yang masih belum menemui jodoh... Biarpun, adinda kita telah melepasi dirimu..bersabarlah.. Ini juga dugaan buatmu. Ada hikmah di sebaliknya mengapa Allah aturkan jodoh kita sebegitu rupa.. Istiqamah dan tawakkal kepada Allah. Insyaallah...


Lastly, buat pengantin baru.. LINDA & HERY... selamat menempuh alam perkahwinan dan semoga tabah mengharungi segala dugaan rumahtangga. Hadapi dugaan dengan sabar dan rasional. Jadikan kesilapan diri sebagai ukuran dalam memperbaiki kelemahan agar rumahtangga kekal sehingga ke akhir hayat.

No comments: