Corat-coret REUNION-PD in Memory.. 13MAR2010

Salam....kengkawan.. especially pada kawan-kawan sekolah SEKOLAH MENENGAH DATO’ HJ ABDUL SAMAD SAID, PORT DICKSON (SDASA). Tiba-tiba, rasa terpanggil nak menulis dan merakam semula detik-detik manis REUNION –PD in Memory yang lalu!
Semoga catatan ini bisa mengimbau semula kenangan lalu dan akan dikenang sepanjang hayat kerana… mungkin REUNION yang lalu merupakan kali pertama atau mungkin juga yang terakhir buat kita semua.!
Dalam hidup ini... kita tidak boleh nak menjangka apa yang bakal berlaku di hadapan kita. Kadangkala sesuatu itu berlaku tanpa sebarang isyarat dan petanda.. Biar bagaimana lengkappun persediaan kita.., jika Allah menghendaki ianya berlaku.. dalam sekelip mata itu juga ia boleh berlaku dan merubah segalanya..
Maka.. MASA itu sebenarnya terlalulah berharga buat kita semua. Hadapi kenyataan hidup seiring dengan laluan masa dan tempuhinya dengan tenang dan tawakkal kepada Allah atas ketentuanNYA..
Namun begitu.. sesekali.. tolehlah pada masa lalu yang ditinggalkan.. kerana “KENANGAN” itulah bisa menjadi penawar kerinduan pada masa silam. Dan barangkali.. yang “ditinggalkan” itulah salah satu penyebab kejayaan kita untuk hari ini…

***********************


REUNION sekolah menengah yang telah berlangsung pada 13 MARCH 2010 yang lalu sesungguhnya telah memberi satu kenangan yang indah yang sukar dilupakan dalam diari hidup kami, bekas pelajar SDASA khususnya.
Menjadi coordinator dalam menjayakan majlis reunion itu bukanlah semudah yang disangkakan. Perancangan yang teliti dan rapi telah dibuat seawal 4 ke 5 bulan lagi! Fuhh! Mengalahkan nak buat majlis kahwin!


Bagus jugak adanya FACEBOOK (FB) ni! Idea nak buat Reunion ni pun datang setelah dapat “jumpa” hampir 80% member-member lama masa kat SDASA dulu. Bukan tu ajer.. kengkawan masa sekolah rendah dulupun dapat jumpa balik. Huhuhu…lama tuhh.. hampir lebih 20 tahun!
Bermula dengan hanya sekeping gambar masa kat asrama dulu yang di “post” kat FB, maka tiba-tiba “timbullah” semula hampir kesemua rakan yang ada di dalam gambar tersebut. Wahh… macam siri Menjejak Kasih lah pulak! Memang ler seronok bila akhirnya masing-masing saling meng update perkhabaran masing-masing. Anak dah berapa.. Keje kat mana… tinggal kat mana.. dan macam-macam lagi..
Gambar yang sekeping itulah menjadi port “reunion” kami meng update cerita terkini dan mengimbau kisah silam.. Huii.. nostalgia betul! Dek teruja dengan imbauan kisah lama.. maka, timbullah idea nak buat REUNION…

Mulanya, nak buat REUNION PD who born in 1973.. nak kumpul member-member yang bersekolah dari sekolah-sekolah seluruh PD yang lahir pada tahun 1973. Fuhh…. bunyinya pasti gempak giler!! Sebab… hanya kita-kita yang seusia sahaja berkumpul dan tahun ini (2010) adalah unik kerana yang lahir tahun 73’ akan berumur 37 tahun..! Tak ker unik nombornya!..
Hehehheh… semuanya ini takkan jadi kenyataan kalau tak ada rakan-rakan committee yang sukarela membantu. SPECIAL THANKS to Zaleha Ramli, Rizal Zainal Abidin, Nisha Arsin dan Rohaizad.

Hmmm… cerita pasal bab remeh-temeh sebelum majlis REUNION ini dapat direalisasikan.. memang tragis!! Pelbagai dugaan dan cabaran ditempuh sebelum nak menjadikan majlis REUNION nie happening. Nampak jer senang.. tapi….

Nasib baik ada kawan kita Cik Zaleha yang berpengalaman dalam organizing events nie.. Dialah yang advise macamana nak buat, nak kira costing dan macam-macam lagik. Menariknya, sepanjang perbincangan, kami tidak pernah berjumpa walau sekalipun sehinggalah ke hari majlis bermula. Semua perbincangan melalui FB, email, sms dan telefon. Korang bayangkan berapa kos yang kami kena bayar kalau kami adakan perbincangan melalui telefon! Bil telefon Leha pun sampai melambung RM500!!
Belum dikira kena “sound” dek Boss sebab dok bergayut kat telefon lama-lama pasal bincang benda nie! Hehhehe… tidak dilupakan juga mendapat..“teguran” dari suamiku tercinta sebab asyikk sangat melayan FB dan bergayut kat telefon dengan Leha! Bukan dia tak faham dengan kerja remeh-temeh nie.. tapi dia tak suka akan komitment yang diberikan olehku melampau sangat!

Huhuhu… demi kawan-kawan dan perasaan teruja untuk berjumpa kawan-kawan lama yang lebih 20 tahun tak berjumpa, kupekakkan telinga dan hanya senyum saje lah! Nak lawan lebih-lebih nanti kena kuasa Veto .. tak dapat pergi.. baru padan muka! Namun begitu, aku terpaksa akur dengan syarat yang suami berikan : “Tahun ni sahaja okay? Lain tahun, jangan awak rajin sangat nak organize event ni..!”
Huhuhu… kan dah janji nak jadik isteri mithali.. jadi.. akurkan saja permintaan sang suami!... 
Haah.. part nak RSVP nama-nama kengkawan merupakan satu perkara yang mudah tapi… bila part nak collect duit … masyaallah..! Sorrylah.. bukan nak mengutuk tapi.. inilah satu kerja yang amattt mencabar sekali..! Yang hairannya.. collect duit dari kawan-kawan kita yang terdiri dari surirumahtangga adalah lebih mudah dan tanpa banyak soal dari mereka yang bekerja. Serious!
Soalan-soalan seperti..; “kenapa mahal sangat?”, “berbaloi ke RM80 buat kat hotel tu?”, “RM80 tu.. kau beli apa?”, “taknak pergilah.. mahal sangat!” dan berpuluh-puluh lagi soalan-soalan yang ditanya.

Aduhh…. Memang stress…! Jadik Account Manager untuk pelanggan-pelanggan korporat yang banyak hutang pun, tak macam ni stressnyer… Huhuhu… itu belum lagi yang menanya.. “nape tak buat kat tepi pantai je? Jimat belanja.. tak pun, kau buat kat sekolah!”, “Aku bayar separuh-separuh dulu boleh?Lebihnya nanti bayar masa party nanti!” , “Kau bayarkan dululah Ida..! Nanti aku bayar kemudian..”

Makkkk!!! Tensionnyerrr…. Kawan-kawanku sekelian.. dengan RM80 itulah, kami nak bayar duit karaoke, duit makan & sewa hotel, door gift, hadiah utk games dan hadiah lain-lain…Agaknya kalau kami claim duit cost telefon, travelling dan macam-macam lagi.. mau sampai RM100 sorang! Huhuhu… nak bayar kerr?? 

Beberapa kali gak lah dapat MC sebab tiba-tiba dapat migraine! Ditambah pula, bilangan RSVP tak mencukupi seperti mana yang dijangkakan. (Masa mintak response dulu.. bilangan yang datang memang mengujakan!). Ada yang nak pergi tapi.. hubby tak kasi.. Ada pulak yang nak pergi tapi wife tak kasi sebab takut hubby jumpa GF lama.. huhuhu… part ni, tak nak campur.. maybe, ada “cerita” yang belum selesai antara mereka..
Tapi.. tak boleh nak salahkan kawan-kawan yang tak dapat hadir di saat-saat akhir. Masing-masing ada komitment dan urusan yang lebih penting dari REUNION ini.

Masa tuhh.. dah nak surrender dah.. jiwa rasa tertekan.. hubby sendiri pun dah jeling semacam… Nasib baik kawan-kawan komitee ada.. At least, masih ada lagi semangat nak teruskan event ini..
Akhirnya, setelah perbincangan yang julung-julung kalinya kami buat antara komitee (tanpa Leha), akhirnya kami setuju membuka event ini kepada pasangan masing-masing, kawan-kawan, GFs atau BFs dan saper-saperlah. Janji, sasaran RSVP kami tercapai!

Bagi siapa-siapa yang membawa pasangan, awal-awal lagi kami beri amaran agar segala “risiko” ditanggung sendiri.. Bukan apa.. takut.. bila dah teruja jumpa kawan lama, nanti “terlupa” plak pasangan sedang makan hati kena tinggal sorang-sorang kat meja makan. Tak ke haru jadinya nanti! Kita nak suka-suka jumpa kawan lama, bukan carik pasal.. ye tak?
Empat hari sebelum majlis, kami diuji lagi.. kawan komitee kita, Rizal Zainal Abidin telah memaklumkan yang dia tidak dapat joint REUNION nie sebab dia terlibat dengan siaran langsung Prelude Akademi Fantasia pada hari dan waktu yang sama di ASTRO. Hmm… memang terkilan sebab.. dia merupakan salah seorang pencetus idea untuk buat REUNION nie. Tapi.. nak buat macamana kann.. tak ada rezekilah namanya..!

Sementara itu, menggunakan peluang “MC” selama tiga hari yang diperolehi kerana migrane, masa yang ada digunakan untuk membeli hadiah-hadiah untuk games dan events. Tukang bungkus hadiah.. saper lagi.. kalau tidak ketiga-tiga anak tersayang yang seronok dan suka rela membantu Mamanya! Thank you sayang….

Namun begitu, dalam stress-stress itu, ada dua kisah lucu lagi menarik yang korang semua PATUT tahu citer ini..! Tapi.. maaf lerr.. nama tak boleh disebut di sini, okay!
Kisah pertama, sorang kawan kita pada 13hb February 2010, hari Sabtu pukul 6.30 petang telah menelefon; “Ida.. korang kat mana? Jadi ke tidak REUNION nie? Aku tengok macam tak ada apa-apa jer..!” “Kau kat mana ni?” Tanyaku. “Eh.. kat Glory lah.. sunyi jerk at sini..!” Aku gelak sakan. “Bang.. cuba nengok hari ni, hari apa? Lambat lagi Bro! REUNION 13 MARCH bukannyer 13 FEBRUARY..!” “Eh ye ke?.. Las.. gua hingat hari ni.. memang hari sabtu pun! Aduiii..!!”
Malamnya pula, aku dan family, pergi tengok wayang. Bila keluar, tengok hphone ada 8 missed calls dari sorang kawan kita! Mak Oii…! Apa kes plak nie?? Bila call balik.. tak berangkat.. Ah.. sudah..! Esoknya, kawan yang missed called tu call balik..: “Ida.. nak tau tak..xxx and yyy dah sampai Glory malam tadi..! Kitaorang dah habis cun pakai baju tema warna merah./ hitam... Bila sampai kat sana.. tak der saper pun yang kitaorang kenal. Kitaorang dengan confidentnya cuba call zzz, Tanya kat mana? Tapi dia jawab.. dia kat somewhere.. Tapi, sempat dia Tanya kat mana kitaorang ni? Kitaorang Cuma jawab.. kat PD ler..! Dia Tanya.. apasal balik awal sangat.. kan REUNION minggu depan ?.. Nanti dua tiga kali nak balik PD lagi! Huhuhu.. Ida.. hampeh betul!! Macamana kitaorang boleh tersalah date ni..!” “Habis.. apa jadik lepas tuh?” “Hehhehe.. apalagi.. cover line ler.. cakap kat zzz, kitaorang ada kenduri kahwin!.. Tapi.. bila balik rumah, terpaksa singgah tempat lain dulu. Agak2 dah pukul 12.00, baru kami balik.. Camner nak balik awal.. nanti kantoilah kat hubby masing-masing! Huhuhuhu….”

Heheheh…. Dek teruja nak jumpa kengkawan lama sampai terr awal sebulan kawan kita ni pergi REUNION..Walau apa pun.. korang memang best friends!

Sehari sebelum majlis, memang tak senang duduk dan tak tido lena.. Manataknya.. risau takut2 majlis tak berjalan lancar seperti yang diharapkan.
Akhirnya, 13 MARCH 2010 datang jua. Di Hotel Glory Beach Resort tempat kita bersua setelah lebih 20 tahun tak jumpa! Huhuhu… terharunya.. Memang tak sangka bila melihat penampilan korang.. semuanya sudah berubah, baik fizikal mahupun tingkah-laku.. (memang ler..!!)
Kami memang enjoy sangat-sangat. Seronok bila melihat korang happy dan enjoy.. Hilang segala rasa stress, migrane dan kerisauan sebelum ini. Apatah lagi melihat telatah “ustad Ijad” kita yang tiba-tiba bertukar 100% bila diajak menari dangdut.! Owww… tak kuasa mak you..!!! Hehehhehe…
TERIMA KASIH juga kepada our new friends dari KL yang sudi memeriahkan lagi majlis REUNION kita..! U all memang happening! Satu-satunya brother senior kita, Abang Yuslee… yang sporting giler dan selamba.. Thank You Bro!

*************************************

Kini… semuanya telah berakhir…. Entah bila dapat berjumpa semula agaknya… Sepuluh tahun lagi? Dua puluh tahun kemudian?.. Entahlah…
Yang pastinya masing-masing ada kehidupan sendiri yang perlu diutamakan. Jika ada ruang pun.. hanyalah kiriman sms, panggilan telefon ataupun update dari FB..
Sesungguhnya… masa itu tidak pernah menunggu sesiapapun.. Moga suatu hari nanti… jika diberi peluang untuk bertemu di REUNION sebegini.. mungkin ianya dari jemputan perkahwinan anak masing-masing… Siapa tahu…!
Kepada kawan-kawan yang ingin joint ruangan ini… dipersilakan.. Semoga persahabatan kita sentiasa kukuh sehingga ke akhir hayat….


No comments: